Lenovo Akan Menggunakan Nama Moto Untuk Telefon Seterusnya

Sebuah laporan daripada China yang mendakwa Lenovo akan menggunakan jenama Moto untuk model telefon pintar mereka selepas ini. Lenovo masih akan mengekalkan nama Lenovo untuk peranti lain seperti komputer riba dan PC. Ini bermakna Lenovo tidak akan lagi mengeluarkan dan menjual telefon jenama mereka sendiri. Berita ini timbul selepas prestasi kewangan mereka yang semakin merudum.

Dari segi hasil jualan untuk kedua-dua jenama Lenovo dan Moto telah jatuh sebanyak 2 bilion USD. Walaupun begitu, jenama Lenovo kelihatan meningkat 20% di suku ke empat tahun ini. Yang Yuanqing, CEO Lenovo juga mengesahkan bahawa telefon pintar mereka hanya menunjukkan hasil penjualan yang sederhana. Namun dia menambah lagi, Lenovo masih mengekalkan fokus utama mereka kepada komputer riba dan PC yang menjadi tunjang utama bisnes mereka, yang menghasilkan 70% peningkatan jualan tahun lepas.

Jika benar laporan ini, adakah kita masih akan melihat model 'phab' dari Lenovo? Atau mungkin mereka akan tampil dengan nama atau siri yang baru untuk telefon pintar?