Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lembu Pakai Kacamata VR Untuk Tingkatkan Kualiti Susu

Lembu Pakai Kacamata VR Untuk Tingkatkan Kualiti Susu

Diterbitkan November 27, 2019 oleh Meor Hasyim

Yup. Itulah yang terjadi pada lembu di sebuah ladang di Moscow, Russia. Peladang di sana sedang menguji kacamata VR yang telah diubahsuai untuk pemakaian lembu. Lembu-lembu yang memakai kacamata tersebut akan dipertontonkan satu program simulasi padang yang dicipta khas dalam warna merah, hijau dan tona biru (warna yang lembu nampak lebih baik).

Ia akan menguji jika suasana padang tersebut mampu memberi kesan kepada mood lembu tersebut. Mengikut analisis oleh Universiti Wageningen di Netherlands, suasana persekitaran sekeliling lembu mampu memberi kesan yang signifikan terhadap kesihatan, seterusnya kepada kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan.

Lembu Pakai Kacamata VR Untuk Tingkatkan Kualiti Susu

Melalui ujian pertama pemakaian kacamata itu, terdapat penurunan tahap kebimbangan (anxiety) lembu dan secara keseluruhan meningkatkan emosinya. Dengan hasil yang positif ini, pembangun VR merancang untuk mengembangkan skala projek dan memberikan kacamata VR untuk ladang-ladang lain pula.

Sumber: Kementerian Agrikultur dan Pemakanan Moscow

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY