Lelaki Mengamuk Dalam Apple Store, Pecahkan iPhone, iPad dan Mac









Perancis - Seorang lelaki bertindak liar dengan menyerang barangan-barangan Apple di dalam sebuah Apple Store di Perancis, lapor media tempatan.



Setakat ini, masih belum diketahui punca dia bertindak sedemikian tetapi berdasarkan apa yang diperkatakan di video, dia sebenarnya tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bayaran balik oleh Apple.



"Apple adalah sebuah syarikat yang melanggar hak pelanggan European



"Mereka tak mahu membayar balik wang saya, saya beritahu mereka 'Pulangkan kembali wang saya tapi mereka kata tak boleh.' 



"Jadi nak tahu apa jadi lepas tu? Ni lah akibatnya!", kata lelaki yang memakai sarung tangan berwarna krim itu.




Difahamkan, dia menggunakan sebiji bola pétanque untuk memusnahkan barang-barang Apple di dalam kedai terbabit.



Difahamkan juga, lelaki berkenaan sudah ditahan polis dan kejadian dalam siasatan.



Beberapa video kejadian dimuat naik di media sosial.