Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1

Kita pun sudah tahu yang perisian Google antara pemangkin utama kamera peranti Google Pixel dijulang sebagai kamera terbaik di pasaran ketika ini. Kamera telefon pintar dengan HDR+ boleh menukar kamera peranti pertengahan menjadi kamera berprestasi tinggi setanding peranti telefon pintar utama.

Lihat dan perhatikan perbezaan antara dua gambar di bawah:

Kapsyen: MIUI


Kapsyen: Google HDR+


Perbezaan ketara dapat dilihat dari gambar di atas yang menggunakan kamera dari peranti yang sama tetapi dengan perisian kamera yang berbeza. Gambar yang dihasilkan oleh Google HDR+ tampak lebih cerah dan tajam dari segi butiran, 'noise' pun kurang.

Kita lihat pula contoh beberapa lagi gambar yang diambil oleh saudara Iniazziaf Ris melalui kirimannya di group Facebook Xiaomi MiA1 Malaysia:

Kapsyen: MIUI


Kapsyen: Google HDR+


Kapsyen: MIUI


Kapsyen: Google HDR+


Kapsyen: MIUI


Kapsyen: Google HDR+


Peranti Xiaomi MiA1 merupakan peranti bajet pertengahan yang menarik dengan menggunakan perisian asli dari Google namun aplikasi kameranya masih menggunakan perisian dari Xiaomi iaitu MIUI. Seperti mana yang anda tahu, kamera Xiaomi masih tidak menunjukkan taring yang sebenar ketika dalam keadaan kurang cahaya.

Google sudah pun memberikan sokongan aplikasi kamera melalui Google Camera HDR+ dan ini memberi khabar gembira buat pemilik Xiaomi MiA1. Algoritma yang terdapat di dalam Google HDR+ membuatkan kamera peranti Google Pixel dipandang tinggi oleh peminat fotografi mobil.

Untuk menggunakan aplikasi Google Camera HDR+, pengguna memerlukan peranti mereka di'root' terlebih dahulu sebelum apa-apa fail apk dapat dipasang. Langkah-langkah untuk memasang mod Google Cam HDR+ untuk peranti Xiaomi MiA1 dapat dilihat di xiaomifirmware.com atau menggunakan Magisk.

Anda juga dapat melihat sokongan untuk peranti Snapdragon 820 dan keatas di forum XDA-Developer.