Lelaki Ini Secara Tidak Sengaja Membeli 28 Buah Kereta Tesla Model 3

Seorang lelaki Jerman secara tidak sengaja membuat pembelian 28 buah kereta Tesla Model 3. Ia berikutan terdapat kesilapan di laman web Tesla yang menyebabkannya membuat pesanan berulang kali.

Perkara ini dimaklumkan oleh seorang pengguna Reddit, Balloon Man yang mendakwa bagaimana bapanya membuat pembelian tersebut.



Pada mulanya, lelaki itu hanya ingin menggantikan kenderaan lama mereka iaitu Ford Kuga dengan kereta yang lebih baru dan moden. Keputusan itu diambil setelah kerajaan Jerman mengumumkan insentif pulangan tunai bagi pembelian kenderaan elektrik.

Setelah tempahan tersebut masih tidak muncul dalam shopping cart, beliau menekan sehingga 28 kali di mana ia juga bermaksud 28 tempahan telah dibuat. Tempahan tersebut berjumlah 1.4 juta euro (~RM6.7 juta) dengan deposit 100 euro (~RM480) bagi setiap kenderaan.

Tesla dilaporkan tidak menawarkan pengembalian wang ke atas produk yang telah dibeli. Bagaimanapun, setelah lelaki itu menghubungi Khidmat Pelanggan Tesla, syarikat itu telah membatalkan semua 28 pesanan itu secara percuma dan meminta mereka membuat pesanan baharu.

Sumber: Reddit