Lelaki Ini Menjalankan Ujian Latency Bluetooth 5.0 (aptX dan SBC) Pada Peranti Mudah Alih Dan Ini Hasilnya

Baru-baru ini, seorang pengulas teknologi tersohor Kok Kee dari Nasi Lemak Tech telah membuat Bluetooth 5.0 latency test. Beliau telah membandingkan audio delay kepada 4 kaedah sambungan yang berbeza dengan menggunakan dua telefon pintar flagship yang berbeza pada tahun 2019 iaitu Xiaomi Mi9 dan Samsung Galaxy S10+.



Dalam eksperimen ini, beliau telah mencuba sejumlah 4 kaedah sambungan audio yang berbeza:

  • Pembesar suara terus

  • Audio jack / dongle ke port audio dalam talian PC

  • Bluetooth 5.0 dengan aptX ke port audio dalam talian PC

  • Bluetooth 5.0 dengan SBC ke port audio dalam talian


Beliau juga mengambil audio delay untuk pembesar suara (pembesar suara di telefon itu sendiri) sebagai rujukan kerana ia adalah laluan audio yang mungkin "terpantas". Dari situ, beliau dapat mengambil kiraan delay  apabila menggunakan kaedah sambungan audio lain.

Berikut adalah hasil kajian yang dibuat oleh beliau.

Xiaomi Mi 9


































Xiaomi Mi 9


Average time taken Compared to loudspeaker
Loudspeaker 175.0ms
Dongle 285.8ms 110.8ms
Bluetooth (aptX) 1065.8ms 890.8ms
Bluetooth (SBC) 941.6ms 766.6ms

 



Menurut beliau, sambungan pada peranti Mi 9 adalah sangat mudah untuk mengumpula data kerana ia tidak mempunyai teknologi audio post-postprocessing yang dibina ke dalam MIUI 10.

Melalui kajian Kok Kee, perbezaan delay melalui sambungan bluetooth berbanding pembesar suara atau sambungan 3.5mm jack adalah sangat ketara dengan perbezaan 890.8ms (aptX) dan 766.6ms (SBC).

Samsung Galaxy S10+
















































                      Samsung Galaxy S10+


Dolby Atmos enabled Dolby Atmos disabled
Average time taken Compared to loudspeaker Average time taken Compared to loudspeaker
Loudspeaker 313.3ms 301.7ms
Audio jack 397.5ms 84.1ms 360.8ms 59.1ms
Bluetooth (aptX) 1445.8ms 1132.5ms 895.0ms 593.3ms
Bluetooth (SBC) 1474.1ms 1160.8ms 993.3ms 691.6ms

Kemudian beliau menggunakan pula Samsung Galaxy S10+ dan mencatatkan delay yang lebih tinggi, catatan paling tinggi 1174ms menggunakan Bluetooth (SBC).

Menurutnya lagi, dalam kajian tersebut, beliau terlupa untuk mematikan fungsi Dolby Atmos yang sebenarnya memberi impak delay yang agak besar kerana terdapat beberapa pemprosesan audio tambahan .

Ujian ke-2 diteruskan tanpa Dolby Atmos memperlihatkan bacaan delay yang lebih baik.

Setakat ini, semua kaedah penghantaran audio tanpa wayar akan menghasilkan delay walaupun dengan sambungan bluetooth 5.0 yang boleh dikatakan sambungan paling terbaik ditawarkan dipasaran ketika ini. Malah dengan menggunakan codec aptX (lossless) masih tetap memperlihatkan delay audio.

Untuk artikel penuh anda boleh lawati laman rasmi Nasi Lemak Tech atau lihat video penuhnya disini

[embed]https://www.facebook.com/NasiLemakTech/videos/2432853780334986/[/embed]

Kredit : Kok Kee/Nasi Lemak Tech