Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12s poster (1)_compressed

Lei Jun Dedahkan Sebab Xiaomi 12 Ultra Dibatalkan

Diterbitkan Julai 1, 2022 · Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siri Xiaomi 12S telah diumumkan akan dirasmikan pada 4 Julai ini. Ia menjadi siri pertama hasil kerjasama Xiaomi dan Leica lantas menjadi tumpuan ramai pengguna.

Dengan pelancaran Xiaomi 12 tempoh hari, ramai menantikan Xiaomi 12 Ultra kerana ia akan menjadi model paling tinggi dan premium dalam barisan andalan itu.

CEO Xiaomi, Lei Jun ditanya apakah perbezaan antara Xiaomi 12 Ultra dan 12S Ultra, beliau mendedahkan perkara yang ramai tidak tahu.

Beliau memberitahu bahawa Xiaomi 12 Ultra yang dirancang untuk dilancarkan pada Mac dan April lalu tetapi dibatalkan.

Hal ini kerana mereka ingin menaik taraf daripada cip 8 Gen 1 ke Snapdragon 8+ Gen 1 demi memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik.

Bukan hanya itu, ia juga disebabkan Qualcomm dan Leica yang sudah menambah baik perisian serta kemara mereka, jadi 12S Ultra adalah pilihan lebih baik.

Ini bermakna Xiaomi 12 Ultra sememangnya tidak akan dilancarkan kerana ia ‘digantikan’ dengan Xiaomi 12S Ultra.

Ia dilihat akan menjadi telefon Xiaomi dengan kemampuan kamera paling luar biasa dalam sejarah Xiaomi kerana hadir dengan sensor Sony IMX989 (dibangunkan bersama Xiaomi) yang bersaiz 1 inci serta salutan Leica pada kamera.

Sony dan Xiaomi dikatakan berbelanja sehingga $15 juta untuk pembangunan IMX989.

Untuk lihat sampel gambar daripada siri telefon Xiaomi 12S ini, anda boleh bacanya di SINI.

Sumber: IT Home, Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY