Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Produk OEM Tak Ada Kualiti? Ketahui Apa Sebenarnya Produk OEM

Lebih Teruk Dari Jangkaan, Pasaran Komputer Global Terus Menjunam Suku Ke-2 Tahun Ini – IDC

Diterbitkan Julai 18, 2022 ยท Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan oleh International Data Corporation (IDC), pasaran komputer di seluruh dunia terus menunjukkan penurunan dalam suku ke-2 tahun 2022.

6 Pengeluar komputer terbesar dunia ketika ini iaitu Lenovo, HP Inc., Dell Technologies, Acer Group, Apple Inc., ASUS dan lain-lain kesemuanya mencatatkan perkembangan negatif tahun ini berbanding tahun 2021 lalu.

pasaran komputer IDC
Kedudukan 3 teratas pengeluar utama komputer dunia tidak berubah setakat ini. Unit pasaran adalah dalam juta setakat 11 Julai 2022. Kredit: IDC

Secara keseluruhan, pasaran komputer global telah menurun sebanyak 15.3% dalam suku ke-2 tahun ini.

Menurut IDC, punca utama keadaan ini berlaku kerana pandemik COVID-19 yang menjejaskan pengeluaran akibat penutupan kilang-kilang di China.

Pengguna juga kini lebih berhati dalam perbelanjaan mereka.

Namun begitu, IDC menyatakan pasaran komputer bagi suku tersebut adalah masih tinggi berbanding suku yang sama bagi tahun 2018 dan 2019 di mana pasaran komputer global pada tahun itu masing-masing adalah sebanyak 62.1 juta dan 65.1 juta unit.

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY