Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jepun 1

Lebih Selamat, Jepun Gunakan Mesin Layan Diri Untuk Ujian COVID-19

Diterbitkan Mac 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Umum mengetahui bahawa negara Jepun merupakan salah satu negara yang paling banyak menawarkan mesin layan diri (vending machines) di dunia.

Tidak terhad untuk membeli minuman, makanan, pelitup muka dan banyak lagi. Kini, Jepun menampilkan sebuah lagi mesin layan diri khususnya bagi menangani wabak COVID-19.

Melalui mesin layan diri baharu ini, ia akan menjual kit ujian saringan COVID-19. Dengan langkah tersebut, Jepun mengharapkan dapat meningkatkan ujian PCR di seluruh negara.

jepun 2

Selain itu, tenaga kerja terutama barisan hadapan yang dikerahkan ke daerah lain bagi melakukan ujian saringan dapat dikurangkan.

Tambahan lagi, kaedah ini juga adalah lebih berkesan untuk mengelakkan kesesakan di klinik atau hospital awam dan swasta yang mana perlu menunggu giliran.

Setakat ini, terdapat tujuh mesin layan diri yang sudah diletakkan di beberapa kawasan penting di Tokyo.

Kit ujian tersebut dijual pada harga US$40 (~RM165) dan individu perlu menggunakan air liur yang kemudiannya boleh dihantar ke makmal untuk dianalisis.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY