Sebanyak 300 aduan mengenai penipuan berkaitan pembelian dalam talian diterima oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Ia membabitkan jumlah kerugian lebih RM30 Juta sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac hingga Julai lalu.

Jumlah negeri paling tinggi dengan aduan dicatatkan di Johor dan Selangor serta kemudiannya diikuti Kuala Lumpur, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Punca utama ramai pengguna ditipu dalam pembelian adalah sejak PKP, orang ramai lebih banyak berurusniaga secara dalam talian. Ramai juga yang percaya dengan jualan murah secara tidak langsung menjadi mangsa penipuan.

IKLAN

Melihatkan kepada jumlah wang penipuan yang besar ini, adakah anda salah seorang dari mangsanya?