Lebih Jimat Belanja Di Lazada Sepanjang Mac, Ada Diskaun Sehingga 90%

Lazada kini memperkenalkan Lazada Bonus sempena Ulang Tahun ke-9, dimana terdapat pelbagai penjimatan tambahan yang akan ditawarkan kepada pengguna sepanjang bulan Mac.

Antaranya termasuk baucar harian serta peluang untuk menikmati penjimatan tambahan menerusi diskaun sehingga RM40 dalam satu transaksi pembelian. Lazada Bonus ini juga boleh digunakan secara serentak dengan baucar-baucar lain yang ditawarkan oleh rakan jenama dan penjual yang mengambil bahagian.

diskaun Lazada Mac 2021

Baucar Lazada Bonus boleh dikumpul setiap hari mulai 1 hingga 2 Mac untuk penebusan pada 3 Mac, serta dari 20 hingga 26 Mac untuk penebusan pada 27 Mac.

Selain daripada Lazada Bonus, pengguna juga boleh menikmati tawaran lain termasuk baucar Penghantaran Percuma RM9, Jaminan Harga Terendah dengan janjian pulangan wang 9 kali ganda, diskaun sehingga 90%, Flash Sale RM9, Chup Dulu, ganjaran Lazada Wallet, diskaun LazCoins, dan banyak lagi.

Untuk lebih lanjut mengenai tawaran di Lazada, anda boleh melayari platform e-Dagang tersebut melalui pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar Lazada