Lebih Daripada 100 Bilion Mesej Dihantar Menerusi WhatsApp Pada Sambutan Tahun Baru Lalu

Pengguna UK adalah yang paling ramai aktif menghantar mesej menerusi WhatsApp pada 31 Disember 2019.


Pada sambutan tahun baru 2020 lalu, WhatsApp melaporkan lebih daripada 100 bilion mesej telah dihantar pengguna menerusi platfom sembang sosial tersebut.

WhatsApp menyatakan bahawa jumlah mesej yang dihantar pada 31 Disember 2019 lalu adalah yang tertinggi dari hari-hari sebelum ini dalam tempoh 10 tahun.

Daripada 100 bilion mesej yang dihantar, sebanyak 12 bilion mesej bergambar dihantar pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada 31 Disember 2019.

Manakala pengguna di UK pula adalah yang paling ramai menghantar mesej WhatsApp pada malam sambutan tahun baru di mana 900 juta mesej WhatsApp telah dihantar dari pengguna negara tersebut.

Ketika ini, platfom aplikasi WhatsApp adalah yang paling popular di dunia di mana dianggarkan seramai 1.6 bilion pengguna di seluruh dunia menggunakan aplikasi tersebut.

Platfom Facebook Messager pula berada ditangga kedua dengan 1.3 bilion pengguna. Sementara aplikasi WeChat digunakan oleh 1.13 bilion pengguna.

Diikuti oleh QQ Mobile (808 juta pengguna), SnapChat (314 juta pengguna) dan Telegram (200 juta pengguna).

Kapsyen: Data adalah setakat 20 Oktober 2019. Kredit: Statista.


Sumber: Cambridge