Lebih Banyak Telefon Pintar Yang Menggunakan KaiOS Kini Menyokong Aplikasi WhatsApp

Pelbagai jenama telefon pintar yang dikuasakan oleh sistem operasi KaiOS akan  turut tersedia dipasang aplikasi WhatsApp di dalamnya.


Pembangun sistem operasi KaiOS, KaiOS Technologies telah mengumumkan lebih banyak telefon pintar yang menggunakan sistem operasi mereka kini sudah boleh memasang aplikasi sembang sosial popular, WhatsApp.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun terus dari KaiStore pada peranti yang dilengkapi dengan storan terbina dalam bersaiz 512MB dan 256MB.

Mereka juga mengumumkan, bermula dari suku ke-3 tahun ini, sebahagian besar peranti yang dikuasakan KaiOS akan tersedia dipasang di dalamnya dengan aplikasi popular tersebut.

“KaiOS has been a critical partner in helping us bring private messaging to smart feature phones around the world. Providing WhatsApp on KaiOS helps bridge the digital gap to connect friends and family in a simple, reliable and secure way.”  Matt Idema, COO WhatsApp.

Berikut adalah senarai telefon pintar yang menggunakan sistem operasi KaiOS setakat ini:-

Kapsyen: Pada awal Mei lalu, model telefon pintar Nokia 8110 4G aka "telefon pisang" sudah mula menyokong aplikasi WhatsApp.