Lebih Banyak Info Spesifikasi Konsol Permainan Xbox Series X Didedahkan Microsoft

Kuasa pemprosesan Xbox Series X adalah 4 kali lebih berkuasa berbanding model Xbox One.


Microsoft menerusi laman Xbox Wire hari ini mendedahkan lebih banyak info berkaitan spesifikasi konsol permainan terbaru yang bakal dilancarkan mereka tahun ini iaitu Xbox Series x.

Menurut Microsoft, Xbox Series X adalah konsol permainan paling berkuasa yang pernah dibangunkan mereka. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan utama (CPU) AMD Zen 2 dan arkitektur RDNA 2.

Microsoft mendakwa, kuasa pemprosesan Xbox Series X adalah 4 kali lebih berkuasa berbanding model Xbox One, 2 kali ganda lebih prestasi berbanding Xbox One X serta prestasi kuasa grafik (GPU) mencecah sehingga 12 teraflop.

https://twitter.com/xboxuk/status/1231943908197896193?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1231943908197896193&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.trustedreviews.com%2Fnews%2Fxbox-series-x-release-date-news-specs-price-3981014

Selain itu, Microsoft juga menjanjikan pemain akan dapat merasai kualiti grafik yang lebih realistik dan dinamik dengan adanya ciri terbaru DirectX Raytracing yang pertama kali diperkenalkan untuk konsol permainan.

Bagi menjadikan Xbox Series X lebih pantas dari model-model sebelumnya, Microsoft juga akan memasang konsol permainan terbaru ini dengan storan SSD generasi terbaru, sambungan HDMI 2.1 serta sokongan grafik sehingga 120fps.

Ciri baru lain yang akan diperkenalkan juga adalah Quick Resume dan Dynamic Latency Input (DLI).

"The new Quick Resume feature lets you continue multiple games from a suspended state almost instantly, returning you to where you were and what you were doing, without waiting through long loading screens." Phil Spencer, Ketua Xbox.



Xbox Series X telah pun diumumkan secara rasmi oleh Microsoft pada Disember 2019 lalu dan Microsoft mengesahkan ia akan mula dilancarkan sekitar pertengahan tahun ini.

Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada tarikh tepat dinyatakan serta harga jualan bagi konsol permainan tersebut.