Selebihnya ia menyerang pengguna ChromeOS, macOS, iOS, Android dan lain-lain.
Penyelidik keselamatan dari Devcon mendedahkan sebanyak 60.7 peratus perisan hasad iklan mensasarkan pengguna peranti yang menggunakan sistem Windows.
Hasil kaji selidik itu diperolehi menerusi kutipan data yang diambil dari 12 Julai hingga 22 November 2019.
Menurut Devcon, terdapat beberapa sebab mengapa Windows menjadi sasaran utama perisian-perisian hasad iklan.
Salah satunya adalah Windows merupakan sistem operasi terbesar di dunia. Malah tidak menghairankan kerana sistem Windows telah menjadi sasaran utama penggodam sejak 30 tahun lalu.
"...the popularity of the operating is a powerful motivator for a bad actor. Why write an exploit to only target a few users, when you can write one than can affect countless numbers of users?" Devcon.
Secara umumnya, hampir kesemua sistem operasi utama yang ada ketika ini termasuklah iOS dan Android terdedah kepada serangan perisian hasad.
Jadi pengguna amat disyorkan mengambil inisiatif supaya sentiasa memastikan peranti mereka selamat, tidak dijangkiti perisian hasad.
Pengguna boleh mula dengan langkah asas iaitu mengaktifkan ciri keselamatan terbina adalam yang ada pada sistem operasi atau memasang aplikasi antivirus bagi meningkat ciri keselamatan sistem yang sedia ada.
Berkaitan
- Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android
- Sebahagian Pengguna Windows 10 v1809 Dinasihatkan Supaya Tidak Mengemas Kini Windows Mereka
- Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya
- Kecacatan Ciri Keselamatan Android Menyebabkan Berjuta Pengguna Mereka Terdedah Kepada Serangan SMS Palsu
- Senarai Papan Litar ASRock Yang Tersedia Menyokong Windows 11
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13 Untuk Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch
- Microsoft Memperbetulkan Lebih 100 Kelemahan Sistem Windows
- Ini Cara Tukar Ikon Tetikus Windows 11 Anda Supaya Jadi Lebih Menarik
- Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11