Lebih 500 Juta Pengguna Guna Google Assistant Pada Setiap Bulan

Salah satu teknologi yang amat berguna hari ini ialah pembantu pintar yang ada dalam kebanyakan peranti yang kita miliki. Antara pembantu pintar yang popular ialah Google Assistant.

Melaluinya, kita hanya perlu melakukan arahan menggunakan suara sahaja untuk melakukan sesuatu tugasan. Baru-baru ini Google mengatakan lebih 500 Juta pengguna menggunakan Google Assistant pada setiap bulan. Penggunaannya juga tidak terhad, bukan sahaja pada telefon pintar malahan pada speaker, skrin, kereta dan sebagainya.



Dengan jumlah pengguna yang tinggi ini, Google mengumumkan dua ciri baru yang boleh diakses pada skrin paparan pintar. Pertama sekali ialah meninggalkan nota pada skrin. Dengan arahan suara, nota maya boleh dipaparkan pada skrin sepanjang masa. Ia amat membantu pada pengguna untuk menjadi peringatan pada sesuatu perkara misalnya.



Kedua ialah menampal nombor telefon individu penting pada skrin utama paparan pintar. Dengan cara ini panggilan telefon lebih pantas boleh dilakukan dengan memilih nombor pada skrin. Kedua-dua fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna paparan pintar Google tahun ini.

Sumber : Google