Ikuti kami di media sosial

Berita

Lebih 50 Organisasi Menggesa Google Membuang Lambakan Aplikasi Yang Tersedia Pasang Dalam Peranti Android

ariff bukhari

Ditulis

pada

Dear Mr. Pichai,

Satu surat khas yang bertajuk “An open letter to Google” telah diterbitkan bagi ditujukan secara khusus kepada CEO Google, Sundar Pichai. Ia berikutan isu lambakan aplikasi (bloatware) yang tersedia pasang dalam peranti-peranti Android yang semakin tidak terkawal.

Surat yang ditandatangani oleh lebih daripada 50 organisasi antarabangsa itu telah meminta supaya Google mengambil tindakan terhadap pengeluar-pengeluar telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kerana memasang sebahagian besar bloatware yang tidak boleh dibuang dari peranti pengguna.

Malah pengguna Android juga tidak  diberikan pilihan bagi membolehkan mereka membuang aplikasi-aplikasi tak berguna tersebut dari peranti mereka.

Individuals should be able to permanently uninstall the apps on their phones. This should include any related background services that continue to run even if the apps are disabled.” Antara kandungan dalam surat terbuka itu.

Dalam surat itu juga menyebut, berdasarkan kepada kajian bertajuk “An Analysis of Pre-installed Android Software” yang dibuat pada Mac 2018 dahulu oleh penyelidik dari beberapa organisasi termasuk ahli akademik menyatakan bahawa sebanyak 91% bloatware yang dipasang dalam peranti Android juga tidak ada ditawarkan pun dalam Google Play Store.

Bermakna, sebahagian besar bloatware tersebut tidak diimbas oleh ciri keselamatan Google Play Protect.

These pre-installed apps can have privileged custom permissions that let them operate outside the Android security model“.

Selain menerusi surat terbuka itu, pihak Privasi Antarabangsa dari 53 organisasi itu juga telah mewujudkan laman petisyen khas supaya pengguna dapat menyuarakan hak mereka terhadap isu ini secara terus kepada Google.

Berikut adalah senarai penuh 53 organisasi antarabangsa yang telah bertindak menandatangani surat bagi meminta Google mengambil tindakan terhadap pengeluar-pengeluar telefon pintar Android:-

  1. American Civil Liberties Union (ACLU)
  2. Afghanistan Journalists Center (AFJC)
  3. Americans for Democracy and Human Rights in Bahrain (ADHRB)
  4. Amnesty International
  5. Asociación por los Derechos Civiles (ADC)
  6. Association for Progressive Communications (APC)
  7. Association for Technology and Internet (ApTI)
  8. Association of Caribbean Media Workers
  9. Australian Privacy Foundation
  10. Center for Digital Democracy
  11. Centre for Intellectual Property and Information Technology Law (CIPIT)
  12. Citizen D
  13. Civil Liberties Union for Europe
  14. Coding Rights
  15. Consumer Association the Quality of Life-EKPIZO
  16. Datos Protegidos
  17. Digital Rights Foundation (DRF)
  18. Douwe Korff, Emeritus Professor of International Law, London Metropolitan University and Associate of the Oxford Martin School, University of Oxford
  19. DuckDuckGo
  20. Electronic Frontier Foundation (EFF)
  21. Forbrukerrådet // Norwegian Consumer Council
  22. Foundation for Media Alternatives
  23. Free Media Movement (FMM)
  24. Freedom Forum
  25. Fundación Karisma
  26. Gulf Centre for Human Rights (GCHR)
  27. Hiperderecho
  28. Homo Digitalis
  29. IJC Moldova
  30. Initiative for Freedom of Expression- Turkey (IFox)
  31. Irish Council for Civil Liberties
  32. Media Foundation for West Africa
  33. Media Institute of Southern Africa (MISA)
  34. Media Policy and Democracy Project (University of Johannesburg)
  35. Media Policy Institute (MPI)
  36. Media Watch
  37. Metamorphosis Foundation for Internet and Society
  38. Open Rights Group (ORG)
  39. Palestinian Center For Development & Media Freedoms (MADA)
  40. Panoptykon
  41. Paradigm Initiative
  42. PEN Canada
  43. Philippine Alliance of Human Rights Advocates (PAHRA)
  44. Privacy International
  45. Public Citizen
  46. Red en Defensa de los Derechos Digitales (R3D)
  47. Syrian Center for Media and Freedom of Expression (SCM)
  48. TEDIC
  49. The Danish Consumer Council
  50. The Institute for Policy Research and Advocacy (ELSAM)
  51. The Tor Project
  52. Unwanted Witness
  53. Vigilance for Democracy and the Civic State

Sumber: ZDNet

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Black Shark 3 Sah Akan Dilengkapi Port Pengecasan Magnetik Dan Bateri 4720mAh

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Menjelang hari pelancaran yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan, sedikit demi sedikit kelengkapan Black Shark 3 didedahkan. Beberapa hari lalu, spekulasi mengenai bateri serta daya pengecasan pantas peranti memfokuskan permainan ini berlegar.

Kini, menerusi perkongsian terbaru di Weibo pula memperlihatkan sebahagian ciri utama yang bakal hadir pada telefon pintar berkenaan. Berdasarkan poster dan video yang dimuat naik, Black Shark 3 mempunyai port pengecasan magnetik yang diletakkan pada panel belakang peranti.

Selain itu, bateri berkapasiti 4720mAh dibekalkan untuk janaan kuasa peranti dengan daya isian pantas 65W. Difahamkan, bateri yang digunakan itu dipisahkan kepada dua dan diletakkan pada sisi papan induk peranti.

 

Imej turut membandingkan Black Shark 3 bersama sebuah lagi sub-jenama daripada Vivo iaitu iQOO 3 yang dilancarkan beberapa hari lalu.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Lelaki Ketiga Terkaya Didunia Tinggalkan Telefon Flip, Tukar Kepada iPhone 11

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Memiliki kekayaan sehingga $82.5 bilion, jutawan Warren Buffett sebelum ini cukup setia dengan telefon lipat (flip) sebagai medium komunikasi hariannya. Bukan telefon pintar dengan skrin boleh lipat seperti yang galak diperkenalkan masa kini, tetapi merupakan rekaan lipat lama dan Buffett yang terdahulunya merupakan peminat kepada Samsung SCH-U320.

Kini, menerusi temubual bersama laman berita CNBC, Buffett menyatakan tidak lagi menggunakan telefon flip terbabit. Turut menambah, beliau kini memilih salah sebuah daripada peranti Apple iaitu iPhone 11 yang dilancarkan tahun lalu.


Pada temubual tersebut, jutawan yang lahir pada 1930 ini mendedahkan beliau tidak menggunakan kesemua ciri dan fungsi iPhone 11 seperti kebanyakkan pengguna sebaliknya lebih kepada panggilan suara.

Terdahulu, Tim Cook iaitu CEO Apple pernah menawarkan kepada Buffet untuk menjadi “pembantu teknikalnya” dalam menggunakan iPhone.

iPhone bukanlah peranti Apple pertama yang digunakan oleh Buffet dimana sebelum ini beliau pernah menggunakan iPad untuk membuat carian di internet serta memantau pasaran saham.

Sumber: CNBC

Teruskan Bacaan

Berita

Oppo Find X2 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 6 Mac 2020

ariff bukhari

Ditulis

pada

Model terbaru bagi siri Find X.

Telefon pintar terbaru Oppo bagi siri Find X iaitu Oppo Find X2 yang sepatutnya diperkenalkan pada acara MWC 2020 telah dienjakkan tarikhnya kepada 6 Mac 2020 nanti.

Ia disahkan sendiri oleh pihak Oppo hari ini.

Model pertama siri Find x mula diperkenalkan pada 2018 dahulu. Bagi model terbarunya, Oppo Find X2 dijangka akan dimuatkan dengan beberapa ciri terbaru yang menarik seperti sokongan paparan 3K dengan kadar segar 120Hz serta ciri pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Malah Naib Presiden dan Presiden Pemasaran Global, Brian Shen telah berkongsikan lebih awal kelebihan panel 120Hz Oppo Find X2 di laman Twitter beliau.

Selain itu, Find X2 juga dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865, RAM berkapasiti 8GB dan storan berkapasiti 256GB.

Sumber: Playfuldroid

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular