Lebih 40 Telefon Pintar Bajet Dijangkiti Dengan Malware Dan Dipasarkan Ke Seluruh Dunia

Dr. Web, sebuah firma perisian sekuriti berpengkalan di Rusia telah mengenal pasti lebih dari 40 model telefon pintar bajet pelbagai jenama, dipasang dengan perisian hasad, Triada.

Dibawah merupakan senarai peranti yang dikenalpasti terkandung dengan Triada. Senarai ini dikongsikan oleh Dr.Web.

  1. Leagoo M5

  2. Leagoo M5 Plus

  3. Leagoo M5 Edge

  4. Leagoo M8

  5. Leagoo M8 Pro

  6. Leagoo Z5C

  7. Leagoo T1 Plus

  8. Leagoo Z3C

  9. Leagoo Z1C

  10. Leagoo M9

  11. ARK Benefit M8

  12. Zopo Speed 7 Plus

  13. UHANS A101

  14. Doogee X5 Max

  15. Doogee X5 Max Pro

  16. Doogee Shoot 1

  17. Doogee Shoot 2

  18. Tecno W2

  19. Homtom HT16

  20. Umi London

  21. Kiano Elegance 5.1

  22. iLife Fivo Lite

  23. Mito A39

  24. Vertex Impress InTouch 4G

  25. Vertex Impress Genius

  26. myPhone Hammer Energy

  27. Advan S5E NXT

  28. Advan S4Z

  29. Advan i5E

  30. STF AERIAL PLUS

  31. STF JOY PRO

  32. Tesla SP6.2

  33. Cubot Rainbow

  34. EXTREME 7

  35. Haier T51

  36. Cherry Mobile Flare S5

  37. Cherry Mobile Flare J2S

  38. Cherry Mobile Flare P1

  39. NOA H6

  40. Pelitt T1 PLUS

  41. Prestigio Grace M5 LTE

  42. BQ 5510


Dikenali sebagai Android.Triada.231 trojan, ia mula ditemui pada awal 2016 lagi untuk mencuri data dari peranti Android. Agak sukar untuk dipadam, Triada boleh disingkirkan dengan cara membuat root ataupun memasang sistem operasi yang baru.

Difahamkan Triada kali ini dibangunkan untuk menembusi sistem peranti ketika ia sedang dikilangkan. Ini bermakna, pengguna membeli peranti yang sudah dijangkiti.

Menurut firma itu lagi, perisian hasad tersebut akan menyerang komponen terpenting dalam sistem Android dikenali sebagai Zygote, yang mana ia berfungsi sebagai pelancar kepada semua aplikasi.

Melaluinya, Triada akan dapat mengakses serta mencuri data dari aplikasi lain tanpa pengetahuan pengguna peranti itu sendiri.

Sumber: Dr. Web