Lebih 4.5 Juta Telah Menerima Insentif RM50 ePENJANA

Pada 31 Julai lalu, kerajaan telah melancarkan program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Melalui program ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA.

rm50 epenjana

Sehingga 2 Ogos 2020, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan lebih 4.5 juta telah menerima kredit RM50 ePENJANA. Ia boleh ditebus menggunakan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.

Selain tiga penyedia perkhidmatan terpilih, ia turut dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesanan kontak Covid-19 MySejahtera.



Dalam pada itu, pengguna turut diingatkan untuk berhati-hati dengan aplikasi palsu dan tidak rasmi. Bagi pengguna yang belum menerima kredit RM50 ePENJANA, ia boleh ditebus bermula 31 Julai hingga 24 September 2020. Sementara,  tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Sumber: Menteri Kewangan