Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih 300 Ribu AirPods Palsu Dirampas Pada Tahun 2021

Posted on Julai 19, 2021

Walaupun Apple sering diperli kerana menjual peranti dengan harga yang tidak munasabah, tetapi tidak boleh dinafikan mereka mampu memberikan pengaruh yang besar pada arena teknologi.

Salah satunya adalah fon telinga tanpa wayar AirPods. Sejak pengenalannya, banyak earbuds palsu yang dijumpai di pasaran. Kini, terdapat laporan yang mana jabatan kastam Amerika Syarikat telah merampas 360,000 fon telinga tanpa wayar Apple palsu yang bernilai USD62.2juta (~RM262 juta) setakat Julai 2021.

Mereka memberitahu bahawa kesemua fon telinga palsu tersebut berasal dari China atau Hong Kong. Tambahnya, rampasan ini dilihat meningkat sebanyak 50% sejak lima tahun lalu memandangkan fon telinga wayarles Apple sangat popular.

Selain itu, peningkatan produk palsu makin menjadi-jadi selepas pelancaran AirPods Pro pada tahun 2019. Malah, ‘kehebatan’ AirPods Pro palsu ini bukan sahaja mampu meniru rupanya tetapi juga nombor siri serta fungsi pembatalan hingar aktif (ANC). Namun, hanya firmware yang dapat mendedahkan sama ada ia produk asli atau palsu.

Bagaimanapun, sekiranya anda mahukan fon telinga tanpa wayar, di pasaran sekarang sudah banyak jenama yang dijual dengan harga mampu milik.

Sumber: theinformation

Baca juga artikel berkaitan:

  • AirPods Pro 2 Mungkin Dilancar Tahun Depan, Akan Ada Rekaan Baharu
  • Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK
  • Ini Senarai Produk Apple Yang Boleh Ganggu Peralatan Perubatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress