Lebih 200 Aplikasi Di Google Play Store Mengandungi "Adware"

Selama ini, ramai di antara kita yang merasakan semua aplikasi yang ditawarkan dalam gedung atas talian Google Play Store itu selamat dan bebas dari virus atau perisian yang tidak sepatutnya.

Fikirkannya semula. Ini kerana satu kajian yang dibuat oleh firma keselamatan Check Point mendapati sebanyak lebih 200 aplikasi di Play Store mengandungi perisian iklan atau "adware".

Menurut kajian itu lagi, aplikasi-aplikasi ini telah melibatkan lebih dari 100 juta muat-turun secara keseluruhan.



10 aplikasi terlibat yang paling banyak dimuat-turun ialah:

  • Snow Heavy Excavator Simulator (10 juta muat-turun)

  • Hoverboard Racing (5 juta muat-turun)

  • Real Tractor Farming Simulator (5 juta muat-turun)

  • Ambulance Rescue Driving (5 juta muat-turun)

  • Heavy Mountain Bus Simulator 2018 (5 juta muat-turun)

  • Fire Truck Emergency Driver (5 juta muat-turun)

  • Farming Tractor Real Harvest Simulator (5 juta muat-turun)

  • Car Parking Challenge (5 juta muat-turun)

  • Speed Boat Jet Ski Racing (5 juta muat-turun)

  • Water Surfing Car Stunt (5 juta muat-turun)


Menurut kenyataan Aviran Hazum, ketua kepada pasukan pengkaji dari Check Point ini, walaupun adware tidaklah dinilai sebagai merbahaya namun ia mampu membuka ruang kepada ancaman yang lebih besar.

Antara keburukan yang dibawa oleh adware ini ialah ia akan mengganggu pengguna dengan paparan iklan serta memperlahankan peranti kerana ia dijalankan secara belakang tabir.
Senarai penuh aplikasi terlibat: SimBad AppList

Oleh itu, sekiranya mana-mana aplikasi tersenarai terpasang di peranti anda, anda dinasihatkan untuk memadam atau menyah-pasang aplikasi berikut dengan segera.

 

Sumber: TechCrunch