Lebih 18 Juta E-mel Palsu Berkaitan Covid-19 Diterima Setiap Hari - Google

Google menyatakan, lebih 18 juta e-mel palsu berkaitan penipuan (scam) Covid-19 telah dilihat setiap hari pada minggu lalu.

E-mel yang mengandungi serangan untuk perisian hasad dan phishing adalah tambahan kepada 240 juta mesej spam berkaitan Covid-19 yang dilihat oleh syarikat itu setiap hari.

Serangan e-mel palsu tersebut menggunakan penipuan e-mel yang sama dengan baris subjek yang berbeza. Menurut Google,

"use both fear and financial incentives to create urgency to try to prompt users to respond,"

Selain itu, penipuan ini termasuk menyamar sebagai organisasi kerajaan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia meminta sumbangan atau menipu pengguna agar memuat turun perisian hasad serta percubaan pancingan data yang ditujukan kepada pekerja yang bekerja dari rumah.



Pakar keselamatan mengatakan, salah satu taktik penggodaman yang paling berkesan adalah dengan menggunakan krisis semasa seperti pandemik Covid-19 sebagai penipuan.

Firma keselamatan, Zscaler, mengatakan ancaman penggodaman pada sistem yang dipantau meningkat 15% sebulan sejak awal tahun ini dan pada bulan Mac, ia melonjak kepada 20%.

Oleh itu, Google menyarankan kepada pengguna untuk tidak memuat turun fail yang tidak dikenali, mengesahkan kesahihan URL atau pautan sebelum memberikan maklumat log masuk. Pengguna turut dinasihati untuk melakukan pemeriksaan sekuriti bagi melindungi akaun.

Sumber: CNET