Lebih 100 Negara Bersetuju Berbincang Mengenai Cukai Digital

Sebanyak 110 buah negara telah bersetuju untuk bekerjasama dalam mencari kesepakatan sebelum tahun 2020 bagi cukai-cukai perniagaan digital. Rancangan itu didedahkan oleh Organisasi Untuk Pembangunan dan Kerjasama (OECD).

Mereka berkata yang syarikat-syarikat besar seperti Google, Apple, dan Amazon telah berjaya mengeksploitasi beberapa kelemahan yang terdapat dalam peraturan sedia ada dan mengurangkan bayaran cukai mereka secara sah.



Dalam laporan yang dikeluarkan untuk G20, OECD berkata negara-negara ini telah bersetuju untuk membuat kajian semula  terhadap sistem cukai antarabangsa yang digunakan oleh syarikat-syarikat digital ini.

Tanpa solusi di peringkat antarabangsa, negara seperti India, Australia dan beberapa negara Eropah telah membuat beberapa kemaskini dalam sistem cukai digital mereka.