Lebih 1.5 Juta Unit Siri Xiaomi Mi 9 Sudah Terjual Setakat Ini

Xiaomi Malaysia dijadualkan bakal melancarkan model Mi 9 untuk  pasaran tempatan pada 3 April ini. Peranti ini telah diperkenalkan buat pertama kali di peringkat global pada hujung Februari lepas.

Bercakap mengenainya, sebanyak lebih dari 1.5 juta unit siri Mi 9 ini dilaporkan telah berjaya dijual di seluruh dunia. Lebih kurang 1 juta daripadanya adalah bagi model Mi 9 dan bakinya merangkumi Mi 9 SE dan Explorer Edition.

Kapsyen: GizChina/Weibo


Pada jualan kilat yang diadakan sempena jualan sulungnya pada 26 Februari lalu, stok yang tersedia telah habis terjual dalam tempoh hanya 53 saat. Namun, tidak dinyatakan secara spesifik tentang jumlah sebenar peranti yang terjual ketika itu.

Model Mi 9 ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi menarik sepert cip Snapdragon 855, menggunakan skrin SuperAMOLED 6.39-inci serta lensa kamera utama 48MP.

Berita ini ternyata akan menambahkan lagi keterujaan peminat Xiaomi di Malaysia untuk mendapatkan peranti ini,

Bagi anda yang berminat, jangan lupa untuk saksikan pelancaran peranti ini di Malaysia secara langsung di laman Facebook rasmi Mi Malaysia pada 9 malam, 3 April ini.

 

Sumber: GizChina