Berdasarkan perkhabaran terbaru, permainan yang cukup popular dalam kalangan pengguna komputer, League of Legends bakal dibawa ke platform telefon pintar. Versi mudah alih ini akan dibangunkan oleh Tencent bersama-sama pembangun asal, Riot Games sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters.
Kerja-kerja pembangunan versi mudah alih ini sudah dijalankan lebih setahun yang lalu. Turut disebutkan dalam laporan, Tencent dan Riot sebelum ini tidak sehaluan dalam cara untuk mengendalikan permainan tersebut. Ia kemudiannya memperlihatkan Tencent melancarkan Honour of Kings untuk China pada 2015 dan pada tahun-tahun berikutnya pembangun itu memperkenalkan pula Arena of Valor untuk pasaran yang lebih luas. Namun beberapa pihak berpendapat permainan itu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ketiga-tiga judul permainan ini mungkin mempunyai sedikit persamaan dari segi rekaan dan gameplay tetapi sumber menyatakan League of Legends ibarat "Piala Dunia" sementara Honour of Kings seperti "Piala Asia".
Bagi peminat yang ternanti-nanti akan League of Legends versi mudah alih ini, ia mungkin hadir pada tahun hadapan.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Fungsi 'Storage Saving' Bakal Diperkenalkan Samsung Untuk Model Bajet Dan Pertengahan
- Kementerian Kesihatan Mahu Laksana Teknologi AI Untuk Perkasakan Sektor Penjagaan Kesihatan
- TM Tawarkan Unifi Basic Untuk Semua, Tidak Lagi Terhad Kepada Golongan Berpendapatan RM4500 Kebawah
- HONOR Lancar Laptop Dan Jam Tangan Pintar Terbaru Di Malaysia
- Samsung Dalam Usaha Membawakan Ciri Mod Potret Pada Galaxy S8
- Realme C2 Versi 2GB+32GB Akan Mula Ditawarkan Pada Ogos Ini Pada Harga RM399
- Kenapa PUBG Dan Fortnite Tidak Tersenarai Dalam Acara e-Sport Sukan Asia Di Indonesia? Ini Alasannya
- Jepun Akan Sekat Eksport Beberapa Bahan Pembuatan Peranti Ke Korea Selatan
- Samsung Hentikan Kemaskini Oreo Galaxy S8 Dan S8+
- iOS 11 Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Malaysia Bermula Minggu Hadapan