Leagoo S9, Peranti 'iPhone X' Dengan Sistem Operasi Android

Peranti iPhone X menampilkan rekaan paparan skrin penuh pertama dari Apple yang menarik perhatian ramai orang tetapi dengan tanda harga yang mahal berbanding peranti telefon pintar utama lain menyukarkan orang ramai untuk berbelanja untuk peranti sedemikian.

Mujur pengeluar telefon pintar Leagoo yang terkenal dengan siri Elephone mereka telah mengeluarkan peranti terbaru mereka, Leagoo S9 yang mirip dengan iPhone X. Harganya? Dalam lingkungan RM 1,200.

Leagoo S9 bukan sahaja sama seperti iPhone X pada bahagian panel hadapan malah kedudukan kamera di panel belakang juga diletakkan dalam posisi yang sama.



Satu perkara lagi yang dapat dilihat di panel belakang ialah pengimbas cap jari memungkinkan yang peranti ini tidak menggunakan sistem nyah kunci menggunakan imbasan wajah.

Sedikit spesifikasi mengenai peranti ini adalah:

  • Skrin paparan AMOLED 5.85 inci

  • Cip pemprosesan MediaTek, P40

  • 6GB RAM & 128GB ROM

  • Kamera belakang 16 MP


Sumber