Lazada Anjur Lawatan Maya Zoo Negara - Setiap Sumbangan Akan Terima Rebat RM25

Menjelang Jualan Akhir Tahun Lazada 12.12, Lazada Malaysia akan menganjurkan lawatan maya yang pertama menerusi LazLive di Zoo Negara. Penonton yang menderma RM25 kepada Zoo Negara akan disubsidikan dengan rebat RM25 dari LazadaForGood.

Lawatan ini akan diadakan pada 11 Disember dari 10.30 pagi hingga 11.30 pagi menerusi aplikasi Lazada. Menerusi ini, pencinta haiwan dapat berkunjung ke zoo dengan selesa dan selamat dari kediaman masing-masing.



Sesi ini akan diacarakan oleh pelawak terkenal Malaysia, Dr. Jason Leong. Beliau akan melawat dan mempersembahkan sesi memberi makanan kepada haiwan di zoo tersebut.

Semasa lawatan ini berlangsung, para penonton boleh menghulurkan sumbangan dan 50 penderma pertama di setiap lokasi akan menerima rebat RM25 Lazada Wallet untuk berbelanja semasa 12.12.

Selain itu, bagi penderma yang menderma lebih RM50 akan menerima satu sijil elektronik "Haiwan Angkat" serta baucar daripada Zoo Negara. Sumbangan ini juga dapat membantu dalam mengumpul dana untuk menjaga haiwan-haiwan di Zoo Negara.



Pada masa yang sama, Lazada turut adakan pertandingan Facebook Make-Your-Wish untuk LazadaForGood. Penderma yang menghulurkan sumbangan kepada mana-mana NGO mulai hari ini sehingga 11 Disember berpeluang beramah mesra dengan selebriti tempatan.



Anda hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu:

  1. Berkongsi gambar skrin sumbangan dengan nombor pesanan di bahagian komen pertandingan ini di Facebook Lazada Malaysia

  2. Pilih selebriti yang ingin menangi untuk sesi ramah mesra maya

  3. Nantikan pengumuman para pemenang semasa 12.12 Chief Discount Offer Show pada 11 Disember mulai 9 hingga 11 malam menerusi aplikasi Lazada