Layari Media Sosial Tanpa Had Dengan App-Onz Dari U Mobile

Perkataan "Onz" cukup sinonim dengan servis yang disediakan oleh U Mobile. Kalau Sebelum ini syarikat telco tersebut memperkenalkan Video-Onz, Music-Onz, dan Game-Onz, terkini mereka melancarkan satu pelan baru mengandungi App-Onz.

Pelan prabayar yang dikenali sebagai Unlimited Power itu telah dilancarkan U Mobile semalam. Ia menawarkan data internet tanpa had kepada para pengguna khusus untuk penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter menerusi servis App-Onz.

Selain itu, dengan tambah nilai RM10 untuk pelan prabayar ini, pengguna akan menikmati 10 minit panggilan percuma setiap hari kesemua nombor U Mobile yang lain berdasarkan tempoh aktif nombor pengguna. Untuk panggilan suara biasa kadar serendah 12 sen/30 saat akan dikenakan termasuk percuma data internet 1GB setiap bulan.

Bagi tambah nilai RM30 dan juga langganan pelan UMI 30, pengguna akan menerima servis App-Onz, data berkelajuan tinggi sebanyak 7.5GB, servis Video-Onz yang menyediakan penstriman video sebanyak 2.5GB serta 30 minit panggilan suara percuma ke semua rangkaian.

Jadi jika anda seorang yang kerap menggunakan media sosial boleh mempertimbangkan untuk melanggan prabayar baru U Mobile ini.

Sumber: U Mobile