Latensi Bluetooth Pada AirPods Pro Hampir 2 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding AirPods Pertama

Menurut analisis perbandingan yang dilakukan, AirPods Pro menghasilkan latensi atau lengah audio yang paling terbaik berbanding dengan AirPods generasi sebelumnya.

Ujian perbandingan latensi Bluetooth itu dijalankan oleh Stephen Coyle, dengan menguji beza masa antara bunyi terhasil dari peranti dan juga ketika didengar oleh pengguna.

Untuk perbandingan, beliau menguji AirPods 1, AirPods 2, Beat Studio 3, Sony WH-CH700N dan bunyi terhasil dari pembesar suara peranti.

Beliau yang juga seorang pembangun perisian menguji menggunakan dua kaedah dalam membandingkan latensi Bluetooth. Yang pertama melalui ujian papan kekunci iOS, dan yang kedua melalui permainan yang dibangunkannya sendiri, Tapt.

Hasil ujian adalah seperti berikut:



Mengikut ujian, AirPods Pro paling menyerlah sebagai fon telinga dengan latensi Bluetooth paling rendah dengan 144ms. Untuk perbandingan, AirPods 1 mempunyai latensi sedikit lama dengan 274ms, dan nilai itu merendah pada AirPods 2 (178ms), dengan cip H1 baharu berbanding W1 pada AirPods 1.

AirPods Pro walau bagaimanapun masih juga menggunakan cip H1 yang sama pada AirPods 2. Namun peningkatan masih boleh dilihat untuk fon telinga dengan ciri pembatalan hingar aktif tersebut.

Font telinga lain seperti Beats Studio 3 dan Sony WH-CH700N masing-masing mempunyai latensi Bluetooth yang tinggi berbanding AirPods 2 dan juga AirPods Pro.

Sumber: Stephen Coyle

Berkaitan