Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lasso – Aplikasi Video Pendek Dari Facebook Dilancarkan, Pesaing Baru Untuk TikTok

Posted on November 10, 2018

Aplikasi TikTok merupakan antara aplikasi yang menjadi pilihan ramai terutama golongan remaja pada hari ini. TikTok merupakan platform untuk mereka berkongsi rakaman video pendek yang dihasilkan.

Baru-baru ini, satu lagi aplikasi yang hampir serupa telah dilancarkan iaitu Lasso. Menariknya, Lasso adalah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat gergasi, Facebook.

Sama seperti TikTok, Lasso juga membolehkan pengguna menyertakan lagu dalam setiap video yang dihasilkan. Tambahan pula, video tersebut boleh dikongsikan terus ke akaun Facebook pengguna sebagai Facebook Stories.

Semasa artikel ini ditulis, aplikasi Lasso masih lagi belum disenaraikan di laman Google Play Store dan Apple App Store.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress