Laptop 2020 LG Gram Akan Dikuasakan Dengan Intel Core Generasi Ke-10

LG sedia menawarkan barisan komputer riba dalam siri Gram dan bagi mengemaskini penawaran tahun 2020, empat model diperkenalkan. Empat model tersebut merupakan LG Gram 17 inci (model 17Z90N), LG Gram 15 inci (model 15Z90N), LG Gram 14 inci (model 14Z90N) dan LG Gram 2 dalam 1 (model 14T90N).


Cip Intel Generasi Baru


Seperti keluaran sebelumnya, peranti ini hadir dengan rekaan nipis serta ringan bersama keupayaan hayat bateri lebih panjang. Komputer riba baru ini dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core Generasi Ke-10 dengan grafik Iris Plus dan memori sehingga 24GB DDR4 RAM dwi saluran.

Peranti ini turut dikemaskinikan dengan sokongan WiFi 6, standard WiFi yang menjanjikan kelajuan lebih cepat dan kecekapan tenaga yang lebih baik dari sebelumnya. LG juga memasang bateri bagi LG Gram 17, 15 dan 14 inci dengan lebih besar iaitu 80W. Berbeza dengan LG Gram 2 dalam 1 hanya dipasang 72W sahaja.

LG Gram 17 inci mempunyai paparan IPS Grafik Wide Quad Extended WQXGA dengan nisbah 16:10, manakala model yang lain mempunyai skrin HD Penuh dengan nisbah 16:9 yang lebih biasa. Sementara itu, model 2 dalam 1 untuk 2020 datang dengan sambungan Thunderbolt 3 dan boleh digunakan sehingga 20 jam. Untuk mengetahui butiran lanjut mengenai spesifikasi peranti boleh layari laman LG Malaysia.

 

Baca lagi: Cip Intel generasi 10