Laptop 2 Dalam 1 Versi Iron Man Dan Avengers Kini Dipasarkan Di Malaysia

Berita gembira buat peminat filem aksi, laptop versi Avengers dan Iron Man sudah boleh dibeli dipasaran tempatan.

Laptop hasil kolaborasi antara SNS Network syarikat dari Malaysia dan E-Huge Tech syarikat berpengkalan dari Hong Kong merupakan sebuah laptop yang dikeluarkan dengan tema superhero.

Hadir dengan sistem operasi Windows 10 dan mempunyai spesifikasi yang sedikit berlainan antara dua model tersebut.

Iron Man

  • Skrin paparan 10.1 inci 1280 x 800

  • Bateri berkapasiti 5,400 mAh

  • Pemproses Intel Atom X5-Z5800

  • RAM DDR3 4GB

  • Kamera belakang 5 megapiksel, kamera hadapan 3 megapiksel


avengers-2-in-1-launch-lyn08

avengers-2-in-1-launch-lyn07

 

Avengers

  • Skrin paparan 11.6 inci 1366 x 768

  • Bateri berkapasiti 7,000 mAh

  • Pemproses Intel Atom X5-Z5800

  • RAM DDR3 4GB

  • Kamera belakang 5 megapiksel, kamera hadapan 3 megapiksel


avengers-2-in-1-launch-lyn10

avengers-2-in-1-launch-lyn05

Kenapa 2 dalam 1?

Kerana ia boleh digunakan sebagai laptop dan juga tablet.

Terdapat papan kekunci yang boleh dipasang dan ditanggalkan untuk kemudahan anda ketika menggunakannya.

Kedua-dua model ini terdapat di rangkaian kedai SNS Network bertempat di AEON dan AEON Big seluruh negara. Anda juga boleh membeli secara atas talian di Gloo Online Store dan juga laman beli-belah atas talian 11Street.

Harga jualan untuk versi Avengers adalah RM 1,449 dan Iron Man dijual pada harga RM1,249. Sarung laptop yang bertemakan Avengers dan Iron Man juga turut disertakan jika anda membeli dua buah model ini.

Laptop versi Avengers dan Iron Man ini sudah pun di pasarkan di negara jiran, Singapura, pada November tahun lalu.

Sumber: Lowyat.net, E-Huge Technology LTD