Laporan: Susut Nilai iPhone Adalah Lebih Rendah Berbanding Peranti Android

Seperti yang diketahui, telefon pintar yang dibeli akan mengalami susut nilai dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, susut nilai ini berbeza mengikut sesuatu jenama dan jenis telefon pintar. Kini, laporan terbaru menyatakan iPhone mempunyai susut nilai yang lebih rendah berbanding peranti Android.

Sebuah laman web BankMyCell baru-baru ini telah menerbitkan laporan susut nilai peranti Apple dan Android.

nilai iPhone

Selepas empat tahun dalam pasaran, iPhone hanya mengalami purata susut nilai trade-in sekitar 66.43% berbanding peranti andalan Android dengan purata susut nilai kira-kira 81.11%.

Sebagai contoh, selepas 9 bulan Samsung Galaxy S20 Ultra dilancarkan, peranti ini mempunyai nilai pembelian -64.71 daripada harga asal. Berbanding iPhone 11 Pro Max yang hanya kehilangan 32.22% daripada nilai asal, dalam tempoh 9 bulan selepas dilancarkan.



Dari segi jenama, peranti Apple mempunyai nilai yang lebih baik berbanding jenama lain. Sementara itu, HTC adalah jenama yang lebih banyak mengalami susut nilai dengan purata pengurangan 53.08% pada tahun 2020.

Laporan penuh mengenai susut nilai telefon 2020-2021 boleh dilihat melalui pautan ini.

Sumber: GizmoChina