Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan Ookla: TIME Disenaraikan Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia

Laporan Ookla: TIME Disenaraikan Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 9, 2020 oleh Amsyar Latif

TIME Internet merupakan salah satu penyedia jalur lebar di Malaysia. Baru-baru ini, mereka disenaraikan sebagai penyedia internet paling konsisten di Malaysia oleh Ookla iaitu peneraju global dalam ujian dan analisis internet.

Laporan Ookla: TIME Disenaraikan Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia

Ia merupakan hasil analisis yang dilakukan Ookla pada suku kedua hingga suku ketiga tahun 2020. Ini menunjukkan salah satu usaha oleh TIME dalam memastikan penggunanya mendapatkan perkhidmatan internet yang terbaik.

Ookla menggunakan metrik Consistency Score untuk mengenal pasti penyediaan internet yang konsisten. Metrik tersebut menunjukkan bahawa kelajuan minima muat turun adalah 25Mbps dan 3Mbps bagi muat naik.

Selain itu, Ookla memuji terhadap TIME atas rekod yang baik dalam rangkaian 100% fiber optik. Pada tahun 2018 & 2019, TIME juga dikenali dengan ping yang rendah iaitu kurang dari 85ms, 0% Packet Loss serta latency yang rendah oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Laporan Ookla: TIME Disenaraikan Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia

Jika anda berminat untuk berdaftar dengan TIME, mereka ada menawarkan diskaun sehingga RM 240 jika anda melanggan pelan 500Mbps atau 1Gbps bermula 16 September hingga 31 Oktober 2020.

Tambahan lagi, pengguna terbaru yang melanggan pelan 500Mbps atau 1Gbps juga akan menerima fon kepala edisi khas Sony WH-CH510.

Sementara pengguna baru bagi pelan 100Mbps akan menikmati bulan pertama  secara percuma dengan membuat pendaftaran secara atas talian.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY