Laporan Gartner: Xiaomi Satu-Satunya Jenama Yang Berjaya Tingkatkan Jualan Ketika Covid-19

Mengikut laporan dari Gartner, jualan peranti pintar di seluruh dunia untuk suku pertama tahun 2020 menyaksikan pengurangan sebanyak 20.2%. Pengurangan itu adalah tidak lain tidak bukan disebabkan pandemik Covid-19 dan juga kemelesetan ekonomi yang melanda di seluruh dunia.

gartnersmartphonesq1.png

Jenama seperti Samsung, Huawei, Apple, Xiaomi, dan OPPO merupakan 5 pengeluar teratas yang dikongsikan oleh Garter melalui statistik yang disertakan. Namun, menariknya mengenai statistik ini, hanya Xiaomi tidak terkesan disebabkan jumlah jualannya meningkat sebanyak 1.4% berbanding suku pertama tahun 2019.

Secara unit jualan keseluruhan pengeluar pada suku pertama 2020 hanya dapat menjual sebanyak 299 juta unit berbanding tahun lalu sebanyak 375 juta. Jenama yang paling terkesan adalah Huawei di mana jualannya berkurang sebanyak 27%. Namun begitu, pegangan pasarannya masih kukuh nombor 2 di belakang Samsung sebagai pengeluar nombor 1 dunia.

Berkenaan dengan bagaimana Xiaomi masih berjaya meningkatkan jualan walaupun ketika pandemik, ia adalah disebabkan jualan atas talian yang agresif dan juga unit jualan model Redmi yang tinggi untuk pasaran antarabangsa.

Beli peranti Xiaomi dari Lazada (https://invol.co/clojse) atau Shopee (https://invol.co/clojsk)

Sumber: Gartner