Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lapan Produk ASUS Dan ROG Terima Anugerah iF Design 2020

Lapan Produk ASUS Dan ROG Terima Anugerah iF Design 2020

Diterbitkan Mac 3, 2020 ยท Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Jenama teknologi ASUS baru-baru ini telah menerima beberapa penghargaan dari iF Design Award 2020. Ini merupakan tahun kelima ASUS mendahului tangga teratas dalam 5 kategori bagi iF World Design Index.

Setiap tahun, iF International Forum Design GmbH akan menganjurkan iF Design Awards. Anugerah ini diiktiraf di seluruh dunia sebagai menilai kualiti produk, inovasi, fungsi, ergonomik dan sebagainya.

iF Design Award

Beberapa produk dari ASUS dan ROG telah memenangi dalam anugerah tersebut mengikut kategori Telekomunikasi, Komputer, Perkakasan Permainan/VR dan Professional Concept.

Telefon pintar ZenFone 6 telah memenangi dalam kategori Telekomunikasi dan ROG Zephyrus S (GX502) juga telah memenangi bagi kategori perkakasan permainan/VR.

Bagi kategori Professional Concept pula telah dirangkul oleh ROG Face Off. Antara produk yang telah dimenangi bagi kategori Komputer adalah :

  • ProArt Station D940MX desktop
  • ASUS X409/X509/X545, ZenBook Duo UX481
  • ZenBook Pro Duo UX581
  • Komputer riba ProArt StudioBook One W590
  • Chromebook Tablet CT100

Selain itu, dalam iF World Design Index, ASUS mendapat tempat pertama dalam kategori Taiwan, tempat ketiga bagi kategori Komputer dan tempat kesepuluh bagi kategori Companies, Asia and Inhouse Design Teams.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY