Langkah Menyelesaikan Isu "No Network" dan "Searching" untuk iPhone 6

Ramai pengguna iOS berat hati untuk mengemas kini peranti mereka disebabkan berita buruk yang tersebar di Internet mengenai peranti iPhone  menjadi bermasalah selepas dikemas kini. Ada sahaja berita aplikasi yang crash dan sebagainya.

Terdapat juga beberapa isu rangkaian yang dihadapi oleh pengguna peranti iPhone 6 selepas mengemaskini ke ios 11. Kami akan kongsikan langkah mudah kiriman bebenang @AfzanAbuBakarr di akaun Twitternya untuk anda cuba.

 



 

Ini adalah langkah untuk menyelesaikan isu no network dalam peranti iPhone 6.

  1. Jika telefon pintar anda menunjukkan no network, anda boleh cuba untuk reset tetapan rangkaian.

  2. Anda juga boleh menukar kad SIM. Jika masalah no network  ini masih berlanjutan, anda boleh menukar tempat kad SIM kerana berkemungkinan tempat kad SIM peranti anda yang bermasalah.


Langkah untuk menyelesaikan masalah searching dalam peranti iPhone 6 adalah seperti berikut.

Isu searching ini agak besar kerana ia melibatkan masalah dengan motherboard. Apa yang anda boleh lakukan adalah anda perlu pastikan terdapat nombor siri di ruang modem firmware. Jika di ruang nombor siri modem firmware itu kosong, anda berkemungkinan besar perlu baiki IC rangkaian peranti anda.



 

Itu sahaja perkongsian ringkas daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat :)

Sumber

 

 

Berkaitan