Langkah Demi Langkah Cara Tukar DNS di iPhone Untuk Melajukan Sedikit Internet Wifi Anda

DNS atau Domain Name System boleh diibaratkan sebagai 'Yellow Pages' bagi internet yang perlu kita semua lalui setiap kali membuat akses ke internet tidak kira anda menggunakan apa-apa peranti sekalipun.

Kebiasaannya, setiap ISP (Internet Service Provider seperti TM, TIME dan lain-lain) mempunyai sistem DNS mereka tersendiri  yang mana didatangkan secara lalai dengan pemasangan internet. Walau bagaimanapun, kita boleh menukar sistem DNS kepada sistem yang lain dan kali ini kami akan tunjukkan bagaimana mahu menukar DNS di iPhone ketika menggunakan Wifi.

Ada beberapa penyedia DNS yang popular; seperti Cloudflare, Google, OpenDNS tetapi untuk tutorial kali ini kami akan menggunakan sistem DNS Google.

Bagaimana DNS Berfungsi


Sebelum kita melompat terus ke tutorial, adalah penting untuk memahami bagaimana DNS ini berfungsi. DNS bertujuan untuk menukarkan nama domain (atau lebih popular dengan nama URL) kepada bentuk alamat IP. Contohnya, jika kita pergi ke https://twitter.com, DNS akan menukar URL itu menjadi https://104.244.42.1.

Bagaimana Dengan Menukar DNS Boleh Melajukan Internet?


Dengan menukar DNS, kita secara langsung menukar sistem yang akan menukarkan URL itu kepada alamat IP. Sudah tentu sistem DNS Google antara yang terpantas memandangkan mereka antara syarikat gergasi mempunyai infrastruktur yang baik.

Bagaimana Cara Menukar DNS di iPhone


1- Buka Setting > Wifi

2- Tekan pada simbol (i) di Wifi yang sedang anda gunakan

3- Tatal sampai ke bawah dan tekan Configure DNS



4 - Pilih Manual kemudian tekan Add Server (sila buang DNS server lain jika wujud)



5 - Masukkan dua nilai berikut: 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 seperti dalam gambar dibawah, kemudian tekan Save



Itu sahaja. Kini anda sudah menggunakan DNS Google dan proses untuk menukarkan URL kepada alamat IP sepatutnya menjadi lebih pantas.

Adakah Dengan Menukar DNS Akan Menjadikan Internet Lebih Pantas


Jawapannya bergantung. Jika selama ini anda menggunakan sistem DNS yang lembab, ya internet anda akan lebih pantas. Namun ia bergantung juga kepada kepantasan internet anda sendiri, kepantasan kad wifi anda dan kepantasan pelayan (server) yang anda akses itu sendiri. Jika yang lain laju, dengan menukar DNS sepatutnya internet anda menjadi lebih laju lagi.

Berkaitan