Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Sembunyikan Jumlah Pengikut Pengguna Rusia Dan Ukraine

Langganan Instagram: Pempengaruh Kini Boleh Tambah Gambar, Reel Untuk Pengikut Berbayar

Diterbitkan Julai 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Instagram beberapa bulan dulu telah membawakan ciri langganan di mana pengguna boleh berbelanja untuk melanggan kandungan daripada pempengaruh atau pencipta kandungan di platform tersebut.

Dengan langganan ini, mereka dapat melihat, menonton kandungan ekslusif yang tidak tersedia pada pengguna biasa yang tidak melanggan.

Sebelum ini, kelebihan sebagai pelanggan hanyalah live, Story ekslusif dan mendapat lencana.

Langganan Instagram: Pempengaruh Kini Boleh Tambah Gambar, Reel Untuk Pengikut Berbayar

Dalam satu video terbaru daripada Adam Mosseri, antara pembaharuan untuk langganan ini ialah pempengaruh kini boleh bersembang sehingga 30 pengikut berbayar dalam satu DM, reel, kiriman gambar dan penambahan tab khas di profil mereka.

Ini semua memudahkan pelanggan untuk mengakses kandungan eksklusif ini. Secara tidak langsung, ia dapat membantu pencipta kandungan menambah pendapatan mereka.

Langganan ini bermula $0.99 hingga $99.99 dan sebuah lencana berwarna ungu akan diletakkan pada nama pengguna di Instagram, menandakan mereka pelanggan dan tanda sokongan terhadap pencipta kandungan.

Buat masa ini, ia terhad di Amerika Syarikat.

Sumber: Adam Mosseri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY