Langgan Unifi Home Atau Unifi Biz Dan Nikmati Langganan Percuma Unifi Sehingga 31 Disember 2019

Pelanggan turut berpeluang memenangi langganan percuma pakej unifi Home Internet untuk sepanjang tahun 2020 nanti menerusi promosi terbaru ini.


TM sedang mengadakan promosi terbaru “Pay Nothing” yang menawarkan langganan percuma untuk perkhidmatan unifi sehingga 31 Disember 2019 ini.

Promosi terbuka kepada pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada ini  membolehkan pelanggan TM unifi bagi pakej unifi Home atau unifi Biz mendapat langganan bulanan percuma sehingga 31 Disember 2019.

Cara untuk merebut peluang ini mudah sahaja. Bagi pelanggan baru, mereka hanya perlu mendaftar pakej terpilih dan menikmati langganan bulanan percuma sehingga 31 Disember 2019 ini.

Manakala bagi pelanggan unifi sedia ada pula, mereka hanya perlu memperbaharui kontrak langganan selama 24 bulan lagi, dan secara automatik  akan dapat menikmati langganan internet Unifi percuma sehingga 31 Disember 2019.

Kapsyen: Pelan yang ditawarkan terlibat dengan promosi ini.


Malah pelanggan yang mendaftar pakej unifi Home secara atas talian turut berpeluang memenangi pakej langganan unifi Home secara percuma bagi sepanjang tahun 2020 nanti.

Tawaran ini sudah pun bermula sejak 1 Oktober 2019 dan pemenang akan mula dipilih setiap hari sehingga 30 November 2019.

Untuk info lebih lanjut berkenaan promosi dan pertandingan 12 bulan percuma internet tersebut, sila layari laman muka Unifi Pay Nothing.

Berkaitan