Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tren 3

Gelombang Haba Jejaskan Perkhidmatan, Landasan Keretapi Di San Fransisco Meleding Selepas Cecah Suhu Setinggi 140 Darjah Fahrenheit

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh ariff bukhari

Gelombang haba dilaporkan telah menjadi punca kepada berlakunya insiden keretapi terkeluar dari landasan baru-baru ini.

Insiden yang dilaporkan berlaku di San Francisco Selasa lalu itu melibatkan perkhidmatan keretapi Bay Area Rapid Transit (BART).

Ketika insiden itu berlaku terdapat seramai 50 penumpang di dalam tren keretapi tersebut tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius.

Pihak BART menerusi kenyataan rasmi medianya menyatakan bahawa, haba yang tinggi sebagai punca utama kepada insiden tersebut sehingga menyebabkan landasan keretapi mereka meleding akibat gelombang haba yang tinggi.

Jurucakap BART menjelaskan, suhu landasan mereka mencecah sehingga 140 darjah Fahrenheit iaitu 25 darjah lebih panas dari tahap ketahanan maksimumnya.

Pada bulan Jun tahun 2021 lalu, National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) memaklumkan secara global, suhu permukaan bumi yang direkodkan dalam bulan tersebut adalah 0.88 darjah selsius lebih tinggi.

Sekaligus menjadikan bulan Jun 2021 sebagai bulan Jun Ke-5 Terpanas Dalam Tempoh 142 Tahun.

Sumber: gizmodo, bart.gov

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY