Lampu LED Akan Digunakan Untuk Menerangi Jalan Kampung, Pemasangan Dijangka Siap Tahun Hadapan

Bagi menambah baik serta memberi manfaat kepada penduduk kampung, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyatakan bakal memasang 10,000 unit Lampu Jalan Kampung (LJK) dari jenis LED.

Usaha ini adalah hasil dari kerjasama antara KPLB dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) yang mana proses pemasangan unit lampu berkenaan akan dikendalikan oleh TNB.

Pemasangan LJK ini akan memfokuskan kepada kampung-kampung di semenanjung dahulu mengikut keperluan kampung-kampung itu sendiri. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, KPLB akan menggunakan bajet yang diperuntukkan untuk kementerian tersebut sepertimana yang dinyatakan menteri menerusi laporan Bernama.

Kerajaan dijangka membelanjakan RM83 juta setahun bagi kos pengoperasian dan penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung ini.

Baca berita penuh di Bernama.

Kredit foto utama: Bernama