Laman Web BurgerKatMane - Sesuai Untuk Penggemar Burger Jalanan

Unilever Food Solutions Malaysia (UFSM) mengumumkan pelancaran laman web perniagaan runcit khas untuk pengusaha gerai burger jalanan, Burger Kat Mane? , pada bulan April yang lepas. Langkah ini diambil bertujuan untuk memberikan platform kepada peniaga untuk memasarkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.





Kepada pengusaha gerai burger, anda boleh daftar lokasi tapak perniagaan anda supaya ianya mudah untuk dicari oleh orang ramai. Kepada penggemar tegar burger jalanan, anda hanya perlu pergi ke laman web burgerkatmane.com untuk mengetahui lokasi gerai burger yang berdekatan.

Setakat ini masih belum banyak gerai berdaftar terutamanya di luar kawasan KL, dilihat ianya akan bertambah dari masa ke semasa. Selain itu, pengguna juga memberi penilaian sendiri kepada gerai burger kegemaran mereka secara dalam talian dan berkongsi pendapat melalui laman Facebook Burger Kat Mane?

Dah, abang lapaq ni. Nak pi cari burger sat.

Foto Kredit: Utusan Online