Laman Sesawang Yang Berakhir Dengan .my Menghadapi Masalah Untuk Diakses

Semua laman sesawang Malaysia yang mempunyai alamat yang berakhir dengan .my mungkin menghadapi masalah untuk diakses oleh pengunjung. Masalah ini dikatakan berpunca dari pendaftar domain.my, Mynic Berhad menghadapi masalah teknikal.

Masalah teknikal berkaitan DNSEEC (Domain Name System Security Extensions) dan iana (Internet Assigned Numbers Authority) itu sedang dibaiki oleh pasukan Mynic.

Mynic merupakan sebuah organisasi di bawah Kementrian Komunikasi & Multimedia yang menguruskan pendaftaran nama domain untuk laman sesawang yang mahu menggunakan alamat laman sesawang berpengkalan di Malaysia.

Beberapa laman sesawang tempatan dilihat sudah boleh mula diakses pada hari ini dan ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Pada tahun 2012, beberapa laman sesawang melibatkan syarikat multinasional sepeti Google, Dell dan Microsoft menghadapi masalah yang sama.

Berkaitan