Rekaan terbaru bagi hasil carian Google akan dapat membantu pengguna memahami dengan lebih baik dari mana sesebuah maklumat itu datang.
Google hari ini telah mendedahkan reka bentuk terbaru bagi paparan setiap hasil carian yang dibuat pengguna menerusi Carian Google.
Ia dimaklumkan oleh Pereka Bentuk Kanan dan Carian, Jamie Leach di laman blog Google hari ini.
Menurut beliau, paparan reka bentuk baru bagi hasil Carian Google kinimeletakkan sesebuah laman sesawang berada di bahagian hadapan dan tengah hasil carian, sekaligus akan dapat membantu pengguna memahami dengan lebih baik dari mana sesebuah maklumat itu datang serta memaparkan laman muka apa yang pengguna inginkan.
Nama dan ikon sesebuah laman sesawang akan muncul di bahagian atas dari hasil carian bagi memudahkan pengguna mengimbas setiap laman hasil carian dan terokai apa yang dimahukan kemudian. (Ini bergantung pada tetapan yang dibuat oleh pembangun laman sesawang tersebut).
Tambah beliau lagi, selain reka bentuk baru ini yang membolehkan mereka untuk menambah lebih banyak butang tindakan dan pratonton berguna terhadap hasil carian, tetapi ia turut memberikan kredit kepada sumber asalnya.
Reka bentuk baru Carian Google ini dijangka akan diaplikasikan pada carian peranti pintar sahaja buat masa ini dalam beberapa hari akan datang.
Berkaitan
- Tetapan Penjimatan Tenaga Dan Memori Kini Tersedia Pada Pelayar Google Chrome
- Keperluan Minimum Dan Limitasi Servis Panggilan Video Berkumpulan Bagi Pengguna Percuma Google Meet
- Ini Rupa Logo Baharu Google Play Selepas Kali Terakhir Diubah 6 Tahun Lalu
- Google Play Store Kini Dengan Tetapan Menutup Ciri Memainkan Video Automatik
- Google Perkenalkan Pesaing AirPods, Google Pixel Bud
- 2 Aplikasi Terbaru Dari Google Ini Mungkin Dapat Membantu Ketagihan Telefon Pintar
- Google Maps Kini Lebih Berinformasi Dengan 3 Ciri Baharu
- Kaca Mata Pintar Google Terbaru Jadikan Anda Pakar Semua Bahasa
- Google Keluarkan Amaran Kepada 2 Bilion Pengguna Chrome
- Google Membatalkan Niat Mendedahkan Lebih 100 Ribu Imej X-ray Tubuh Manusia