Lakaran OnePlus Watch Didedahkan, Mungkin Ini Rekaan Sebenar

OnePlus kini tidak lagi hanya mengeluarkan telefon pintar kerana pada Januari lalu, mereka telah pun melancarkan OnePlus Band iaitu sebuah peranti penjejak kesihatan.

Tidak terhenti di situ, OnePlus juga akan melancarkan jam pintar pertama mereka menerusi peranti yang mungkin dikenali OnePlus Watch.

Terbaru, lakaran OnePlus Watch telah pun didedahkan yang mana mungkin ia adalah rekaan sebenar kerana OnePlus sendiri yang mempatenkan rekaan ini kepada DPMA.



Seperti yang tertiris sebelum ini, ia bakal hadir dengan rekaan bulat dan dua butang sisi untuk navigasi.



Bahagian bawahnya pula terdapat pin untuk pengecasan dan empat sensor untuk ciri memantau tekanan darah dan sebagainya.

Selain itu, mungkin OnePlus Watch ditawarkan dua varian yang mana pada lakaran tersebut menunjukkan sebuah jam dengan tali biasa dan sebuah lagi dengan tali yang kelihatan seperti silikon.

Menurut ura-ura, jam pintar ini akan menggunakan Wear OS dan bakal tiba pada tahun ini.

Sumber: Techniknews via gizchina