Lagu Penyayi Jepun Ceriakan Netizen Sejak Beberapa Hari Yang Lalu






Sejak 2-3 hari yang lepas viral sebuah video lagu yang dinyanyikan seorang penyanyi dan pelawak dari Jepun, Kazuhiko Kosaka. Video Kosaka yang juga dikenali sebagai Piko Taro itu dimuat naik pada Ogos yang lepas namun mula viral beberapa hari yang lalu selepas dimuat naik pada halaman Facebook popular, 9GAG. Pada hari yang sama video tersebut ditonton sebanyak 50 juta kali dan dikongsi hampir 1 juta perkongsian.



Selepas melihat ramai cuba menyanyikan lagu tersebut dengan tarian yang salah, Piko Taro kali ini tampil dengan video cara-cara menari dengan langkah yang betul. Pastikan anda tidak melihat video ketika sedang mengunyah makanan kerana dikhuatiri tertelan akibat tidak mampu menahan gelak.