Lagi Telefon Pintar Xiaomi Dengan Kamera 108MP?

Kita sedia melihat sejumlah telefon pintar dilengkapkan dengan sensor kamera 108MP berada di pasaran ketika ini. Majoritinya adalah daripada Xiaomi dan pengeluar tersebut kini dikhabarkan bakal menghasilkan lagi sebuah peranti dengan kemampuan sama.

Mengungkap laporan daripada XDA-Developers, terdapat dua buah model sedang dibangunkan oleh Xiaomi. Sebuah model akan tampil dengan kamera 64MP dan sebuah lagi dipersenjatakan dengan sensor 108MP. Diletakkan dibawah kod nama Gaugin dan Gaugin Pro, ia berkemungkinan diperkenalkan di India terlebih dan disusuli pasaran China serta global.

Kedua-duanya diramal hadir dengan tetapan 4 kamera belakang yang kini sudah menjadi perkara biasa bagi sesebuah telefon pintar flagship tahun 2020. Buat masa sekarang, tiada lagi maklumat lengkap berkenaan spesifikasi tetapi ura-ura kuat mengatakan ia akan dijana dengan cip pemproses dari Qualcomm.

Sumber: XDA-Developers