Lagi Spesifikasi Redmi Note 7 Pro Mungkin Didedahkan Oleh CEO Mereka di Laman Weibo

CEO Xiaomi, Lei Jun dikenali dengan tindakannya yang sering memberi maklumat atau gambaran berkaitan telefon-telefon yang akan dikeluarkan oleh mereka melalui akaun Weibo-nya.

Langkah yang sama nampaknya telah diambil sekali lagi semalam(29 Jan).Namun, beliau tidak mendedahkannya secara terus kali ini.

Pada awalnya, CEO Redmi, Lu Weibing membuat satu kiriman bertanyakan kepada pengikutnya apa yang mereka harapkan pada Redmi Note 7 Pro nanti.

Kapsyen: Weibo


Salah seorang daripadanya menjawab, mereka mengharapkan tiada lagi variasi 3GB RAM/32GB, akan tetapi meminta Redmi untuk terus menfokuskan kepada variasi 6GB/64GB atau 6GB/128GB.

Jawapan tersebut telah dikirim semula(repost) oleh Lei Jun dan menyatakan persetujuan kepada kenyataan tersebut.

Ia seolah-olah menimbulkan bayangan bahawa Redmi Note 7 Pro mungkin akan benar-benar hadir  dengan spesifikasi berkenaan.

Kapsyen: Playfuldroid


Malah, menerusi satu kutipan undian yang diadakan oleh Lei Jun sebelum ini, 7142 pengundi(54.3%) telah memilih variasi 6GB+128GB dengan harga CNY 1599(~RM980) untuk dibeli.

Selain daripada itu, ramai yang mengharapkan peranti itu tidak lagi menggunakan cip Snapdragon 660, tapi gunakan Snapdragon 675 sekurang-kurangnya.

Permintaan berkenaan nampak munasabah memandangkan versi Redmi Note 7 hadir dengan cip Snapdragon 660.

Sebelum ini, Note 7 Pro didakwa akan menggunakan sensor kamera 48MP dari Sony(IMX586) berbanding dari Samsung(ISOCELL GM1) yang digunapakai pada model Note 7.

Model ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sekitar perayaan Tahun Baru Cina nanti. Oleh itu, mungkin lebih banyak maklumat mengenainya akan dapat kita perolehi kelak.

 

Sumber: Weibo    Playfuldroid