Lagi Masalah Kemas Kini Windows Terhadap Lenovo ThinkPad

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa pengguna model Lenovo ThinkPad telah berdepan deretan isu Blue Screen of Death (BSoD) dan error apabila mereka mengemas kini sistem operasi Windows 10

Secara khususnya, kemas kini Windows 10 Version 2004 telah menyebabkan  sebanyak 6 simtom kegagalan iaitu:-

  • Blue Screen of Death (BSoD) when booting

  • Blue Screen of Death (BSoD) when starting Lenovo Vantage

  • Blue Screen of Death (BSoD) when running Windows Defender Scan

  • Can’t login by Face with Windows Hello

  • Errors in Device Manager related to Intel Management Engine

  • Errors in Device Manager related to IR Camera


Tetapi kini, Lenovo menambah 2 lagi simtom baru apabila pengguna mengemas kini Windows 10 pada model ThinkPad mereka. 2 Simtom itu adalah seperti berikut sepertimana yang dinyatakan Lenovo di laman sokongan mereka:-

  • Blue Screen of Death (BSoD) when starting Lenovo Diagnostics

  • Blue Screen of Death (BSoD) when starting Web Online Diagnostics


Satu-satunya cara yang diberikan oleh pihak Lenovo bangi menangani isu ini adalah dengan mematikan tetapan ciri Enhanced Windows Biometric Security yang terdapat dalam BIOS.

Kapsyen: Akses tetapan Enhanced Windows dalam BIOS Setup -> Security -> Virtualization menu. Kredit: Lenovo


Model ThinkPad yang terjejas adalah terdiri dari model 2019 dan 2020. Sehingga kini pihak Microsoft masih belum memberikan kemas kini bagi memperbetulkan isu ini.